Daisypath Anniversary tickers Lilypie Trying to Conceive Event tickers

Tuesday, 26 November 2013

Planning Rawatan Akupuntur & Hemeopathy Disember

Dhia plan nak rehat untuk bulan 12 ni.. akan sambung IUI kedua pada Januari. Persediaan sebelum IUI kedua Dhia nak buat rawatan akupuntur dulu. Dan nak try amalkan pati delima, susu, kurma, kismis n buah tiin. Dan Dhia nak jaga pemakanan. Ok pape nanti Dhia update.

Saturday, 23 November 2013

17 DPO Period. #1 IUI Failed

Baru je period..means period Dhia failed kali ni. Sedihnyaaa.. cuba lagi ... bulan 1 baru nak sambung balik 2nd IUI. Doakan saya

Thursday, 21 November 2013

2 Weeks Wait 15DPUI

Untuk pengetahuan semua hari ni Dhia dah 15DPUI, semalam tanda2 nak period dah ada, sakit kawasan Miss V, dan rasa macam cramp sebelah kanan macam biasa period. Dhia dah sedih, hati Dhia ni memang rasa Dhia akan period, Last mens 28/10 hari Khamis minggu depan. Perlu ke Dhia test UPT skrg atau pun tunggu period datang je. Berbelah bagi rasa nak test takut negative.

Wednesday, 20 November 2013

Rawatan di LPPKN

Dhia buat rawatan di LPPKN under Dr.Ghaffar. So far Dhia dah buat HSG, result ok tiada block. Result darah hari ke 21 tak memberangsangkan. Bermasalah progesterone rendah iaitu bacaan 21. Done Clomid cycle pertama (100mg) setiap malam dan  try natural tak berjaya. Dr Ghaffar suggest buat IUI, Jadi saya mengambil keputusan untuk buat IUI pada 7 Nov. Sekarang masih dalam 2 Weeks Wait. Doakan saya kawan2. 

Hi Bloggers! I'm TTCian

Salam perkenalan buat semua. Nama saya Dhia, baru terasa nak berblog untuk mengisi masa lapang sambil berkongsi tips2 untuk menimang cahaya mata. Dhia dah dekat 3 tahun kawin tapi masih belum ada rezeki. Harap kawan2 sudi berkawan dan berkongsi pengalaman dengan saya. Good Luck kawan2 yg sekapal dengan saya.