Monday, 8 December 2014

IUI KE 3 JANUARY?

Dhia nk update, bulan Dec xdpt nk buat IUI sbb lab LPPKN tutup. Semalam Dhia call 5 hb bru bukak. Bulan ni Dhia period 6/12. Harap next month ngam2 Dhia leh wat IUI kan? Harap2 dapat la buat last IUI ni. Dhia lepas IUI failed hari tu ambil Jamu, best jugak makan jamu yg tak panas ni. Badan rasa segar dan sihat. Period pn lancar.

Walaupun dh 2x failed IUI, Dhia mode tak sabar nak IUI yg ke tiga haha Ada aku kisah fail ke x? Lepas tu nk IVF. Camna pn nk usaha juga dari segi kewangan tu minta2 murah rezeki utk semua tujuan tersebut hehe. Amin.

Pada kawan2 yg masih belum bejaya jangan sedih ya. Kita cuba cuba n cuba hehe. (pujuk diri sendiri) Good Luck semua.

Saturday, 18 October 2014

Menanti dan terus menanti..

Alahai tengok tajuk pun macam frust kan. hehe Dhia mmg frust sikit. TTC secara natural satu pn x GOAL. Sedihkan.. Tiap2 bulan macam org gila check waktu subur. Bila double line OPK , happy macam org gila, bila -ve UPT sedih mcm org gila gak.

So Dhia dah give up pasal nak check upt. So mmg xde dah UPT test tu kt umah, cuma ade OPK. Masih religiously gune OPK start CD 10. Yg pelik nye kadang2 ovulate cd 14 kadang2 lambat plak sampai cd 23. Ape kene la dgn diri aku ni. Dulu hormon kacau mungkin sebab gemuk, ni dh xgemuk macam tu jugak. Haish.. menyampah pn ade, bab makan lagi lah sentuh makan fast food pun dh ngeri.

Dhia berserah je la skrg ni. IUI mungkin Nov. IUI OCT xjadi sbb timing kena dengan raya hari tu. Malas nak mengharap tp ni last nk cuba IUI before IVF. Skrg ni period delay ke Dhia mmg malas pikir n wat bodoh.. ngam2 esok tu period datang haha. So malas nak stress2. Sape yg nak tanye pasal anak tu tanye lah... Dhia mmg akan jawab xde rezeki sy lg walau dh tebal muka ni tiap kali balik kampung. Dari kecik sampai yg tua duk tanya. Sedih tau tak?


Wednesday, 4 June 2014

I'm Back

Ok lama menyepi nak update result second IUI failed. Kecewa? tak lah sangat macam kecewa IUI pertama. Yang Dhia bengang skrg lepas nk teruskan IUI ke tiga sampai skrg tak dapat2 appointment sebab doc busy lah itu lah ini lah. cuti lah, timing period tak kena lah sampai lah bulan ni pun tak boleh. Nampak gayanya lepas raya baru boleh itu pun belum tentu hokey. Frust betulla kalau kaye kan best boleh teros pegi private tak payah nak mcmni huhu.

Ok so Dhia bulan ni nk start ambil supplement lepas IUI hari tu tak ambil ape2. today Day 3. Dhia ingat nak ambil Shatavari which is sesuai untuk PCOSer sape2 yang pernah cuba please share dengan Dhia ok ke tak. Hari ni baru nak g cari Shatavari. Bila nak makan Shatavari ni? time period boleh makan tak dan berapa biji sehari. Kalau ada yang tau bagi tau Dhia yer.

Berat badan Dhia skrg dah 50kg diet dan senam tanpa ubat Alhamdulillah turun la jugak berat. Tapi lemak2 degil masih nampak sikit. Harap2 ni membantu untuk TTC.

Baru lepas blogwalking, lama tak dengar cerita kawan2. Tahniah pada yang dah preggy, yang dah ambil anak angkat, dan kepada yang menerima berita duka Dhia harap bertabahlah, itu ujian buat kita InsyaAllah digantikan dengan rezeki yang lebih lagi.

Sunday, 2 March 2014

Rezeki dapat appointment untuk IUI bulan ni

Entry lepas Dhia ada update nk IUI tp kene tangguh sebab full appointment. 1st IUI Dhia bulan 11 taun lepas. Call punya lah susah nk tembus line.. Rasa macam dh xjadi, dalam hati duk pujuk sabar sabar.. Call lagi.Call lagi ..and call lagi akhirnya dapat tembus talian dalam pukul 2.40. Syukur! Lepas tu assistant Dr G cakap xboleh..esok lusa full. frust dah dalam hati. Lepas tu Dhia cakap la..Dhia period hari sabtu means esok n lusa je kalau nk amik ubat pun. Assistant Dr G, tanye la..bulan lepas bla bla2. Last die cakap suruh tunggu die checkkan.

Then ..esok Dhia leh datang amik ubat utk IUI next week. Selepas gagal IUI Nov lepas Dhia malas nak fikir banyak pasal gagal lagi ke ape ke. Yang penting Dhia nak cuba at least 3x IUI ni..This is second. Tetibe rase rindu nak cucuk perut haha. Dulu bukan main pengecut bab jarum.

Even IUI pn bukan sesuatu yg PASTI. Tapi Dhia gembira hari ni, at least ada ruang utk Dhia teruskan rawatan. Tak taulah nk ckp perasaan mcmana teringin sgt nak baby..sedih je.. Dhia dh xnak sedih2..kene positif..positif..happy..seronok.

Dhia akan keep update yer sampai IUI. Mcm biase esok nurse pesan suruh bawak 600++. Doakan Dhia kali ni ye kawan2.

Tuesday, 25 February 2014

TTC UPDATE

Dan masuk 26 hari dah dalam bulan Feb ni. Last month period 22hb..Dhia punya la excited nak call lppkn sbb nak tunggu period. Bulan lepas cepat lak. Bulan ni setting lari mungkin sebab ambil EPO. Jangan la lambat sgt delaynya.. kalau datang hari sabtu ni..nak kena tunggu Isnin utk call dah hari ke 3. Selasa n Rabu je peluang utk pegi lppkn kalau penuh kene tunggu next cycle. Dhia dari bulan lepas tunggu nak 2nd IUI ni. Bulan lepas app full. Haihh Sabar jela.

Next cycle Dhia rasa tak da pertambahan ubat.. Dhia continue ambil acid folic, EPO itu saje. Metformin memang tak lah sebab pening kepala sampai xleh nak fokus kerja, takan nk tido ja kan. Jadi Dhia just ambil 2 jenis tu. Kalau jumpa gulsan Dhia nak cuba juga.

Itu je yg nak update sbb xsabar nak tunggu period datang. Bye semua!

Monday, 17 February 2014

Addicted dengan kopi.. Help!



Layan gambar dulu. Dhia sekarang addicted dengan kopi. Dari kecik sampai besar walaupun orang kampung Dhia xgemar sangat minum kopi sebab xsuka pahit die. Mungkin sebab dh tua, umur meningkat..tahun ni 29thn u all... Rase suke plak pahit2 kopi. Jadi akhir2 ini Dhia layankanlah selera kopi ni hehe. Nanti stop sebab kopi kan byk caffeine xsesuai utk ttcian macam Dhia ni.

Baru2 ni Dhia ada melawat kawan blog, ttcian yg dh berjaya preggy yg ada komplikasi pada kandungan die. Harap semuanya selamat. Dhia sekarang xsabar nak tunggu period. Bulan lepas 22 hb. Harap this month tak lambat n datang ngam2. Dhia nak call utk IUI seterusnya. Harap2 ada rezeki dan ruang masa untuk IUI kali ini. Betul2 tak sabar. Next cycle ni Dhia nk ikut petua rendam taugeh tu haha. No harm to try kan. Nanti ape2 Dhia update.

Last cycle Dhia ambil EPO, Dia rasa bagus amik EPO during period till waktu subur sebab EWCM muncul setelah sekian lama susah nak muncul. Dhia semangat nak terus usaha usaha dan usaha lagi. Tak sabar nak tunggu rezeki yang satu ni. Teringin sangat nak baby.

Friday, 31 January 2014

TTC UPDATE: CD11

Last period dhia 22/1 cycle lepas 27 hari , most fertile start today sampai 6 Feb.. Perut ade rasa sengal2 belah kanan dan this month baru nampak EWCM. This cycle Dhia ambil EPO+Fish Oil sahaja. Moga2 menjadilah usaha sebelum nak IUI ken..Kita cuma berusaha dari tak buat pape sementara menunggu cycle utk IUI. Jadi relax , jaga makan, senaman sket n jangan stress2. Tak sabarnye nak ada baby..