Daisypath Anniversary tickers Lilypie Trying to Conceive Event tickers

Friday, 31 January 2014

TTC UPDATE: CD11

Last period dhia 22/1 cycle lepas 27 hari , most fertile start today sampai 6 Feb.. Perut ade rasa sengal2 belah kanan dan this month baru nampak EWCM. This cycle Dhia ambil EPO+Fish Oil sahaja. Moga2 menjadilah usaha sebelum nak IUI ken..Kita cuma berusaha dari tak buat pape sementara menunggu cycle utk IUI. Jadi relax , jaga makan, senaman sket n jangan stress2. Tak sabarnye nak ada baby..

Tuesday, 21 January 2014

Bukan Rezeki!

Dhia baru lepas call lppkn.. jawapan die mengecewakan ..appoinment full..adeh baru berangan2 nk ber iui.. Sedihnyaa... Xsngke lak smpai penuh cmtu skali.. Sblm ni lau appointment utk ubat sblm iui xde la cmni. Kena tunggu next period..urghhh...timing xkena ni... Febuari ni ape jaminan...harap2 ada rezeki nk iui next period..

Diet Cara Sendiri

Hari tu Dhia ade cakap Dhia nk buat Atkins kan. Dhia buat 3 hari je lepas tu masuk hosp, kena masuk air gula doc ckp gula kurang badan lemah sebab tu pitam. Ngeri tak? heheh. Ni bukan salah diet Atkins ok ni salah Dhia mungkin xikut betul2 ke ape. Tapi 3 hari tu, pagi2 dhia makan telur half cook.. tengahari ayam..petang green tea malam ayam. Dhia xleh makan lauk byk2 rasa muak. Lepas warded tu Dhia wt kesimpulan Dhia mungkin xsesuai dgn diet Atkin ni.

Dhia xmasuk ward pn..magrib dtg masuk air smpai jam 12 dh boleh balik. Dan esoknya Dhia plan Diet cara Dhia sendri melalui pembacaan sebelum2 ni.  Esoknya tu jugak Dhia tolak troly masuk tesco hihi. Basic Dhia ambil hari2 Apple cider (pagi/sblm tidur), Dhia beli beras herba faiza yg utk org diabetis tu, sayur2 hijau etc. Dhia makan nasi mcm biasa tapi tengahari. Malam dia makan yg light2 je. Tapi kdg2 malam teman husband makan, Dhia akan makan sikit je nasi dan lebihkan sayur. Dhia ambil ikan, ayam, daging mcm biasa tp portion yg sedikit. Dan stakat ni dhia x konsisten jogging tiap2 minggu lagi. Hari ni timbang 52kg. Mau tak terkejut. Dhia xnampak sgt perubahan kt badan tapi lemak kt blakang (bhgn bila pakai coli tu ) dah kurang. Tp lengan still nmpk besar. Dhia tak tau kurang kat mana, mungkin sikit kat bahagian perut n pinggang. Turun banyak jugak sbb mungkin sblm ni Dhia kalau makan gila2..sekali makan 2 pinggan nasi hihi. Skrg dh separuh pinggan. Harap berat dapat maintain dulu. Xnak turun terlalu cepat nanti xcantik plak kan sbb Dhia tak senaman sgt. Target 45 nk capai March ni. Tp xtau lah kalau esok jadi pegi lppkn kena cucuk perut makan clomid mungkin berat akan naik ke ape atau akan ganggu proses turunkan badan.

Tapi nk buat cmna usaha kena teruskan...cuma kena pandai control. Bila ambil ubat hormon ni mood swing xtentu arah, slera pn bertambah. Keep calm, u can do it huhu. Dhia nak baby..Teringin sgt nk preggy n ade baby..xpenah pn rasa cmna mengandung...cmna rasa nampak double line. Kalau dapat itula berita paling gembira seumur hidup haha.

CD2 : TTC Update

Lama xupdate blog sebenarnya Dhia xtau ape kena dgn email Dhia semua history inbox kosong trash pn kosong xtau knp. Penat mcm ni, tiba2 je. Hari ni Dhia CD2, semalam period dtg petang mcmtu tapi sikit je lah. Last month 26/12 this month 22/12. Last month period Dhia sehari je heavy flow. Tak pernah jadi camtu tu first time. Petang nanti Dhia nak call lppkn mana tau dapat pegi esok or jumaat kan utk buat IUI itu pun kalau doc ada..kalau xdapat esok n jumaat xboleh lah nk IUI sbb sabtu ahad cuti. CD2 ni still period keluar sikit2. Tp xpelah janji dtg dr xdatang. Berat badan Dhia skrg 52kg ..turun 7kg. Dhia akan buat entry pasal Diet.        

Pasal TTC bulan 1 Dhia xambil ape2 supplement. Folic Acid pn ( mcm give up je) tapi dh insaf dh mula ambil balik. Ingat nak cari EPO nk makan smpai waktu subur. Jogging baru 2x stakat ni heheh xda masa sbb skrg dhia sibuk nk cr kerja yg sesuai. Tahun ni semangat nk kumpul duit, kerja part time n biase sbb nak kumpul duit, manalah tau kena buat IVF nanti. Sikit2 lama2 jadi bukit kan? :)

Kalau IUIakn datang ni xberjaya, Dhia akan buat 1 lagi je then rest, kumpul duit n lets wait for IVF hujung tahun. Insyaallah.

Wednesday, 8 January 2014

Air Mani Berdarah

Tengah2 malam2 update blog. Bukan ape Dhia risaukan satu benda. Dah 2x bersama dengan hubby bila ejakulasi hubby rasa sakit dan lepas air mani keluar keluar darah. (Sorry terlalu direct). Dhia risau takut ada benda yg merbahaya . TAPI! hubby Dhia awal2 dah ckp xnak pegi check. Dhia harap xde pape yg bahaya. Tapi kepala ni xberhenti berfikir takut hubby Dhia ade saket pape ke. Risau Dhia. Ya Allah kau jauhkanlah suamiku dari segala penyakit.

Kawan2 pernah alami situasi cmni x. Bahaya x? Adehla risau bila fikir.

Monday, 6 January 2014

Atkins Diet

Dhia dah menggoogle ramai org yg berjaya turunkan berat dengan amalkan diet atkins ni. Jadi Dhia pn semangat nak kurus jugak n dhia tengok diet atkins ni sesuai utk Pcoser cm Dhia ni sbb low carbs. Jadi hari ni Day 1 utk Atkins diet. Dhia akan tambah dgn exercise gak mcm jogging 3x/week. Perlu ke Dhia teruskan pengambilan metformin ni sebab pening sepanjang hari utk hari ni.

Esok aka hari ni Dhia akan update menu Dhia utk Atkins diet.. Semoga berjaya utk diri sendiri. Tengok org lain betul2 semagat nak kurus n dah pun kurus. Dhia masih xbuat pape lg. Kena mula dah sebelum terlambat.


Berat Skrg 59kg   Target 45kg   Tinggi 149cm

Kalau berat turun slow. Dhia rasa nk panjangkan tempoh induction. Kawan2 yg nk diet n x diet2 lagi tu. Jom diet sesame!!!

Sunday, 5 January 2014

Metformin

Baru ni pegi jumpa doc cakap nak stop clomid then doc bagi metformin.. Dhia tengah nk kuruskan badan so Dhia rasa better hold dulu clomid utk next IUI. Skrg doc  bagi Dhia metformin. 500mg/day. Suruh cuba utk sebulan.

Kesannya?.. Yea Dhia sejak amik metformin..selera tak menentu kdg2 rasa xnk makan, kdg2 rasa nk mkn mcm2 huhu. Dah seminggu ambil metformin xdalah alahan yg teruk mcm amik clomid. Dhia rasa pening, kdg2 mual tp jap je lah. Tapi Dhia ade bace blog kalau xnak side effect dr metformin..tengok balik apa kita makan. Kalau lebih lemak n karbo mmglah side effect tu makin kuat, kalau jaga makan n exercise mungkin hampir semua side effect xda.

Adakah metformin akan bantu PCOS dia dan Dhia serasi dgnnnye..Xpe kita tengok nanti. Dhia akan update. Ade sesape penah ambil metformin? Story le hehe.