Dhia period 26/12.. last month 25/11.. cycle lepas dhia ade cakap Dhia amek ovamit kan.. Period Dhia kali ni pelik..cuma sehari heavy period.. lepas tu dah takda..pelik betulla..selama ni paling sikit 4 hari. Pening fikir. Mungkin Dhia stress.. Dhia nak baby sgt2 dan dalam masa yg sama ramai org tanya2..n ramai sedara dekat yg dh preggy. Ya Allahhhhhh.. terasa berat dada ni. Sebak , sedih semua ada.
Dhia ada cakap Dhia nak buat IUI bulan 1.. memandangkan period Dhia tah pape..Dhia x confident nk proceed 2nd IUI tuk januari.. Dhia akan buat lepas cycle ni. Jadi bulan 1!!! Dhia nak jogging n jaga makan. Please la Dhia kena kuat Dhia nak anak..rasa macam takut umur makin meningkat tapi xde anak lagi. Memanglah rezeki tu dari Allah. Tapi kita kena berusaha. Kita xmacam org lain. Kita banyak masalah. Susah nk pregnant. Ya Allah..kesian kt hubby .... bila org tanya muka hubby mcm sedih..Dhia pn sedih..tp apakan daya..Maafkan Dhiaa dgn ketaksempurnaan yg ada ni..habis terpalit hubby Dhia juga..
Monday, 30 December 2013
Thursday, 19 December 2013
Interview.. Sad ...
Kan hari tu dhia cakap nk g interbiu gomen hari ni. Dah la datang lambat sebab sesat lepastu kena tegur ngn peg spa tu pasal result xsama. Beza nye (B+) n (B-) dhia main isi je result STPM... Adoila.. so dah tau dah xdapat interbiu kali ni. Cuba lagi next time. Umo pn makin meningkat..nampaknya xdalah peluang aku nak keja gomen. Nanti sah2 kena repeat exam. Dugaan betul. Nak wat cmnakan..bukannya anak org kaya nak senang2 leh wat ape kita suka. Nak dapat keja pn susah. Xpelah.. Dhia nak try swasta pulak cari2 pengalaman.
TTC update, samalam pegi banyak farmasi tanya pasal vitex..ada yg blur ada yg tau tapi ubat tu xda. Camna yer nk cari Vitex..dah macam rare pulak nak jumpa. Help...lagi 5-7 hari akan period.. Jadi cycle depan Dhia nk try vitex. Sape2 yg tau tolong bagitau lokasi ye, nak g cari.
TTC update, samalam pegi banyak farmasi tanya pasal vitex..ada yg blur ada yg tau tapi ubat tu xda. Camna yer nk cari Vitex..dah macam rare pulak nak jumpa. Help...lagi 5-7 hari akan period.. Jadi cycle depan Dhia nk try vitex. Sape2 yg tau tolong bagitau lokasi ye, nak g cari.
Tuesday, 17 December 2013
Sakit dan Tekanan
2 in 1 dah package datang huhu. Pagi tadi aku sakit gila2 kat rahim tu sampai xleh gerak sampai nagis2 uwaaaa tak tau lah kenapa kalau ikutkan dh CD23 xmungkin sbb ovulate sbb cycle aku pendek. Apakah yg sakit sgt niiii.. rasa macam baru lepas buat HSG. Ya Allah lepas sakit pagi tadi sambung tido baring2 2 jam tido bagun2 hilang dah cuma sakit sikit2 bila nak kencing. Bersabarlah tunggu bulan satu cycle Dhia akan check ke LPPKN balik. Nak tengok la kot2 ada cyst ke hape.
Tekanan plak pasal Jumaat ni Dhia ada interbiu spa.. xpernah pegi interbiu spa. Rasa malas pegi, sbb dah tau susah nak dapat tapi rasa nak pegi sebab nak rasa pengalaman interbiu gomen. Dhia lepas grad keja kejap ja lepas tu buat biz kecik2 jual2 barang. 2014 ni Dhia rasa nak kerja, xkira la kerja ape pn, rasa dh mcm katak bawah tempurung xbergaul ngn org haha. Sepanjang xkerja ni knowledge out betul la haha. Kang buatnye dia tanye mcm2 abesla teserlah kegabraan ku ini. Redah je lah. ada masalah lagi ni esok nak kena pegi PEjabat pelajaran nak kene amik salinan sijil spm stpm sebab semua dh musnah sebab banjir. Abes la sijil2 time univ dah xboleh diselamatkan. Camne ye..kalau diaorg tanya mana sijil2 time univ. Sedihla..
Satu lagi aku nak gtau..2014 ni AKU NAK BABY AKU NAK PREGGY!!! (meroyan tak tentu pasal)
Sebelum tu kena la berusaha rawat pcos ku.
kene exercise, jgn byk makan nasik, makan lebih sayur...turunkan berat badan yang dah terlebih 10kg ni
share lah menu diet korang.
Tekanan plak pasal Jumaat ni Dhia ada interbiu spa.. xpernah pegi interbiu spa. Rasa malas pegi, sbb dah tau susah nak dapat tapi rasa nak pegi sebab nak rasa pengalaman interbiu gomen. Dhia lepas grad keja kejap ja lepas tu buat biz kecik2 jual2 barang. 2014 ni Dhia rasa nak kerja, xkira la kerja ape pn, rasa dh mcm katak bawah tempurung xbergaul ngn org haha. Sepanjang xkerja ni knowledge out betul la haha. Kang buatnye dia tanye mcm2 abesla teserlah kegabraan ku ini. Redah je lah. ada masalah lagi ni esok nak kena pegi PEjabat pelajaran nak kene amik salinan sijil spm stpm sebab semua dh musnah sebab banjir. Abes la sijil2 time univ dah xboleh diselamatkan. Camne ye..kalau diaorg tanya mana sijil2 time univ. Sedihla..
Satu lagi aku nak gtau..2014 ni AKU NAK BABY AKU NAK PREGGY!!! (meroyan tak tentu pasal)
Sebelum tu kena la berusaha rawat pcos ku.
kene exercise, jgn byk makan nasik, makan lebih sayur...turunkan berat badan yang dah terlebih 10kg ni
share lah menu diet korang.
Sunday, 15 December 2013
TTC UPDATE : AKU TERASA!!!
Hari ni Dhia buka je FB de update pasal Dato' CT timang cucu pertama. Dan banyak lah komen2 dibawah ada yg teruk ada yg elok. Yg teruk tu macam2 org cakap, perempuan perampas suami org mmg payah dapat anak la.. pakai susuk la sbb tu xdpt anak..macam2..Subhanallah..kenapa ada org2 cmni. Ingatlah wahai mulut2 busuk yang bercakap seolah2 xda agama. Kalau kena batang hidung sendri ahli keluarga..anak ..baru tau kan. Sape yg kawen xnk anak. Kesian Dato CT mesti rasa lebih teruk dr aku. Aku xglemer xda lah org ramai tanya, kutuk n mengata. Mcmana lah ye .. banyak pahala Dato; CT yg pengutuk2 ni bagi kan. Tak pe Dato' CT, bersabarlah..
Ttc update bulan ni.. Dhia buat OPK sampai CD10-CD18 xde pn double line..xtaulah ovulate ke x ataupun OPK tu mmg jenis murah (salahkan OPK plak ye haha). Skrg ni bahagian bawah belah kanan asik sakit. Risau Dhia kalau2 amik ubat clomid ni jadi Cyst bagai...Risauuu youuuu. Harap2 hilang la nanti. Punya la nak preggy makan ubat sana sini..kang benda lain lak muncul huhu. Takut sudaaaah.
Friday, 6 December 2013
CD 13 TTC Update
Hari ni CD13 Dhia.. dah buat OPK smlm dan hari ni. Xda pun double line. EWCM pn xnampak. Sedih. Perut pn xrasa sakit mcm cramp ke ape. Xovulate ke Dhia bulan ni. Sedihnya.
PCOS & Kesuburan
Dhia nak
mencoret tentang penyakit PCOS. Umum dah tau ape penyakit PCOS ni. Tapi biar
Dhia explain sikit ape, mengapa n bagaimana nak merawat PCOS melalui pembacaan
Dhia di blog2. PCOS adalah singkatan kepada sindrom ovari polisistik iaitu
keadaan di mana hormon wanita tak seimbang. Keadaan yang boleh mengganggu
sistem peranakan wanita di mana folikel2 yang terdapat dalam ovari tidak
menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur untuk di
senyawakan dan menyebabkan sukar hamil.
Dhia sendiri
pengidap PCOS, progrestrone pun rendah. Clomid 3 cycle macam tak membantu Dhia
ovulate normal. Telur2 tetap kecil. Kalau dengan bantuan gonal or puregon
barulah telur2 memberi ransagan utk besar dan dipecah kan dengan HSG trigger
shot.
Melalui pembacaan dari blog2 kt malaysia n blog2 omputih. Dhia simpulkan macamana nak merawat PCOS.
Cara Merawat PCOS:
1. Turunkan berat badan melaui senaman ataupun dalam masa yang sama ambil metformin.
2. Jaga pengambilan karbo jangan melebihi pegambilan harian. Lebihkan sayuran dan buah buahan. Kalau nak lagi ok pengambilan setiap hari 80% raw 20% cooked.
3. Kawal stress dan sentiasa berfikiran positif. Jangan panik, risau dan rendah diri. Cuba lakukan perkara2 yang seronok dalam erti kata lain Enjoy ur life :).
4. Kawal pengambilan gula. Elak fast food, minuman bergas, kopi, alkohol.
Supplement yang sesuai merawat PCOS:
1. Omega 3
2. Vitex
3. Surbex zinc (ada vit c, b, e)
dan banyak lagi. Tapi Dhia rasa 3 yg di atas ni dah sesuai merawat dari mengambil clomid banyak cycle pn tak elok jugak. Pada yg nak berehat dari rawatan tu eloklah amalkan supplement ni.
Wednesday, 4 December 2013
TTC update CD 11
Hari ni dhia CD 11.. Berita buruk Dhia lupa bawak opk. Semalam sampai Jumaat Dhia ada training di Johor Bharu, lupa plak nak bawak OPK. Harap2 masih sempat sebab setakat ni xda egg white lagi keluar. Tapi betul ke kalau ambil clomid mesti akan ovulate tanpa HCG shot. Dhia pun tak tau. Ambil clomid ni betul ke boleh buat sakit bila nak bersama sebab kurang cecair. Ape pun esok Dhia akan buat OPK test esok CD 12.
Monday, 2 December 2013
TTC update CD8
Hari ni Dhia CD8, opk test Dhia dah order tapi tak sampai2 lagi. Harap esok dah sampai. Dhia nak start buat opk CD 10- CD 17. Nak tengok bulan ni bleh ovulate ke tak. Sedih rasa tiap2 bulan hampa. Dhia plan nk IUI kedua Jan nanti. Dhia bukan xnak bbt chart tapi suhu badan dhia ni. Period ke xperiod tinggi je xde perubahan. 37'c dr waktu subur smpai dtg period. Tak taulah kesan ubat atau pape. Dhia habiskan ovamit yg tinggal dari CD5-CD8 untuk bulan ni. Doa2kan yer.
Subscribe to:
Posts (Atom)