Dhia nak
mencoret tentang penyakit PCOS. Umum dah tau ape penyakit PCOS ni. Tapi biar
Dhia explain sikit ape, mengapa n bagaimana nak merawat PCOS melalui pembacaan
Dhia di blog2. PCOS adalah singkatan kepada sindrom ovari polisistik iaitu
keadaan di mana hormon wanita tak seimbang. Keadaan yang boleh mengganggu
sistem peranakan wanita di mana folikel2 yang terdapat dalam ovari tidak
menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur untuk di
senyawakan dan menyebabkan sukar hamil.
Dhia sendiri
pengidap PCOS, progrestrone pun rendah. Clomid 3 cycle macam tak membantu Dhia
ovulate normal. Telur2 tetap kecil. Kalau dengan bantuan gonal or puregon
barulah telur2 memberi ransagan utk besar dan dipecah kan dengan HSG trigger
shot.
Melalui pembacaan dari blog2 kt malaysia n blog2 omputih. Dhia simpulkan macamana nak merawat PCOS.
Cara Merawat PCOS:
1. Turunkan berat badan melaui senaman ataupun dalam masa yang sama ambil metformin.
2. Jaga pengambilan karbo jangan melebihi pegambilan harian. Lebihkan sayuran dan buah buahan. Kalau nak lagi ok pengambilan setiap hari 80% raw 20% cooked.
3. Kawal stress dan sentiasa berfikiran positif. Jangan panik, risau dan rendah diri. Cuba lakukan perkara2 yang seronok dalam erti kata lain Enjoy ur life :).
4. Kawal pengambilan gula. Elak fast food, minuman bergas, kopi, alkohol.
Supplement yang sesuai merawat PCOS:
1. Omega 3
2. Vitex
3. Surbex zinc (ada vit c, b, e)
dan banyak lagi. Tapi Dhia rasa 3 yg di atas ni dah sesuai merawat dari mengambil clomid banyak cycle pn tak elok jugak. Pada yg nak berehat dari rawatan tu eloklah amalkan supplement ni.
No comments:
Post a Comment